SEKOLAH RENDAH IBN KHALDUN
[ No. Pendaftaran : 091/1 JAIS ]
Lot 4012, Lorong Haji Said, Batu 7, Jalan Kebun,
42450 Klang, Selangor Darul Ehsan. MALAYSIA. Telefax: 603-3216903
email:srikhaldun@hotmail.com
 
Firman Allah SWT
 
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
(Surah Ali-'Imran: 92)
 
Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan 
yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya),dan mereka pula akan 
beroleh pahala yang mulia.
(Surah al-Hadid: 18)
 
"Dan apa sahaja harta yang baik  yang kamu nafkahkan, maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu 
membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah.
Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu 
akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu 
sedikit pun tidak akan dianiaya."
(Surah Al Baqarah : 272)
 
Rayuan Sumbangan Bantuan Kewangan Untuk Pojek Pembesaran Prasarana
SEKOLAH RENDAH IBN KHALDUN
Projek pembangunan sekolah dibahagikan kepada dua fasa. 
Fasa pertama ialah pembinaan Sekolah Rendah Ibn Khaldun dan 
fasa kedua ialah pembinaan Sekolah Menengah Ibn Khaldun.
Tujuan utama halaman web ini dipaparkan ialah untuk mendapatkan sumbangan kewangan daripada para hartawan dan dermawan bagi menjayakan pembinaan sekolah dalam kedua-dua fasa tersebut.   
Tujuan: 
Sekolah Rendah Ibn Khaldun ditubuhkan untuk menampung keperluan pendidikan Agama Islam yang bersepadu dan tersusun. Permintaan 
masyarakat sekitar Bandar Klang untuk menempatkan anak-anak mereka di sekolah agama sungguh menggalakkan sedangkan bilangan tempat belajar 
di sekolah agama yang ada sangat terhad. 
Untuk memenuhi keperluan yang amat mendesak ini, maka kami, Lembaga Pentadbir Sekolah Rendah Ibn Khaldun sangat mengharapkan bantuan dan sumbangan kewangan dari para hartawan dan penderma yang budiman supaya insyaAllah dapat menyumbang untuk menyempurnakan projek prasarana sekolah ini dengan penuh kejayaannya.
Projek Pembesaran Sekolah Bagi Kegunaan 
Tahun 1999:
Kemudahan sedia ada hanya mencukupi untuk keperluan persekolahan 1998 sahaja. Kami perlu menyiapkan kelas-kelas tambahan ini bagi kegunaan untuk sessi persekolahan yang akan bermula pada Januari 1999. Pembinaan 
telahpun dimulakan pada bulan Jun 1998 dengan pembiayaan yang 
masih tidak mencukupi.
Untuk tujuan pembesaran jangka pendek sekolah ini, jumlah bantuan 
kewangan yang diperlukan adalah sebanyak RM240,000.00 
(Ringgit Malaysia: Dua Ratus Empat Puluh Ribu Sahaja). 
Projek Jangka Panjang Pembesaran :
Kemudahan sedia ada hanya mencukupi untuk jangkamasa pendek sahaja. Sekolah perlu dibesarkan dengan menambah bilik-bilik darjah, bilik-bilik kemudahan, infrastruktur yang berkaitan serta peralatan pengajaran-pembelajaran yang lengkap untuk tahun-tahun berikutnya. 
Kini Lembaga Tadbir Sekolah sedang bergerak aktif merancang untuk 
membina sebuah bangunan sekolah 3 tingkat yang mengandungi 15 bilik 
darjah termasuk bilik-bilik kemudahan yang lain. 
Untuk tujuan pembesaran sekolah seperti yang dinyatakan di atas, jumlah bantuan kewangan yang diperlukan adalah sebanyak RM870,000.00 
(Ringgit Malaysia: Lapan Ratus Tujuh Puluh Ribu Sahaja). 
Sekalung Penghargaan : 
Kami terlebih dahulu mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT dan 
terima kasih atas segala bantuan dan sumbangan yang telah dihulurkan oleh para hartawan dan dermawan. Kami mendoakan semoga segala sumbangan ini diterima oleh Allah SWT sebagai suatu amal jariah dan amal soleh yang diberkati dan diredhai olehNya. Firman Allah SWT: 
 
"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi 
Meliputi ilmu pengetahuanNya"(Al-Baqarah: 261)
 
 
 Selamat Menderma
Semoga Sumbangan Anda Diberkati Allah Dan Diterima Sebagai Amal Jariah
 
Rayuan Sumbangan Bantuan Kewangan
BORANG SUMBANGAN
Prospektus Sekolah Rendah Ibn Khaldun
PANORAMA SRIK