|
|
Untuk memenuhi keperluan yang amat mendesak ini, maka kami, Lembaga Pentadbir Sekolah Rendah Ibn Khaldun sangat mengharapkan bantuan dan sumbangan kewangan dari para hartawan dan penderma yang budiman supaya insyaAllah dapat menyumbang untuk menyempurnakan projek prasarana sekolah ini dengan penuh kejayaannya.
Projek Pembesaran Sekolah
Bagi Kegunaan
Tahun 1999:
Kemudahan sedia ada hanya mencukupi
untuk keperluan persekolahan 1998 sahaja. Kami perlu menyiapkan kelas-kelas
tambahan ini bagi kegunaan untuk sessi persekolahan yang akan bermula pada
Januari 1999. Pembinaan telahpun dimulakan pada bulan Jun 1998 dengan pembiayaan
yang masih tidak mencukupi.
Untuk tujuan pembesaran jangka pendek sekolah ini, jumlah bantuan kewangan yang diperlukan adalah sebanyak RM240,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Empat Puluh Ribu Sahaja).
Projek Jangka Panjang Pembesaran
:
Kemudahan sedia ada hanya mencukupi untuk jangkamasa pendek sahaja. Sekolah
perlu dibesarkan dengan menambah bilik-bilik darjah, bilik-bilik kemudahan,
infrastruktur yang berkaitan serta peralatan pengajaran-pembelajaran yang
lengkap untuk tahun-tahun berikutnya. Kini Lembaga Tadbir Sekolah sedang
bergerak aktif merancang untuk membina sebuah bangunan sekolah 3 tingkat
yang mengandungi 15 bilik darjah termasuk bilik-bilik kemudahan yang lain.
Untuk tujuan pembesaran sekolah seperti yang dinyatakan di atas, jumlah bantuan kewangan yang diperlukan adalah sebanyak RM870,000.00 (Ringgit Malaysia: Lapan Ratus Tujuh Puluh Ribu Sahaja).
Sekalung Penghargaan :
Kami terlebih dahulu mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT dan terima
kasih atas segala bantuan dan sumbangan yang telah dihulurkan oleh para
hartawan dan dermawan. Kami mendoakan semoga segala sumbangan ini diterima
oleh Allah SWT sebagai suatu amal jariah dan amal soleh yang diberkati
dan diredhai olehNya.
Firman Allah SWT: