Menyedari akan kepentingan ini maka Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) mengambil inisiatif menubuhkan Sekolah Rendah Ibn Khaldun yang bertujuan untuk menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ajaran Islam secara formal.
HALUAN
ialah satu pertubuhan yang menggabungkan para lepasan institusi pengajian
tinggi dalam dan luar negeri bagi menggembelingkan tenaga, kepakaran dan
segala sumber ke arah membangunkan masyarakat yang bermoral dan berteknologi
tinggi. HALUAN telah didaftarkan pada tahun 1989 dan telah menjayakan projek-projek
di bidang ekonomi dan kemasyarakatan.
Sejarah Penubuhan Sekolah
|
|
|
|
|
|
"Suasana pendidikan yang terancang, terpimpin, terkawal, kemaskini dan sempurna adalah perlu untuk menyubur dan meningkatkan potensi murid-murid ke arah melahirkan insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta dapat memberi khidmat terhadap manusia, negara dan alam berdasarkan keimanan dan kepatuhan kepada Allah."
Matlamat Pendidikan SRIK
i. Memberi didikan dan pengetahuan agama Islam, mengajar Al-Quran dan pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang wajar kepada murid-murid, termasuk latihan jasmani dan rohani dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.
ii. Memberi didikan ke arah melahirkan insan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.
iii. Memberi didikan ke arah melahirkan insan yang cemerlang dalam penguasaan ilmu di peringkat sekolah rendah.
iv. Memberi didikan ke arah melahirkan insan yang cemerlang dalam akhlak.
v. Memberi didikan ke arah melahirkan insan yang mempunyai potensi tinggi dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek untuk menjadi perintis, pengurus dan pemimpin masyarakat yang baik di masa hadapan.