Pengurusan
Sekolah
Pengurusan
harian sekolah dikendalikan oleh Guru Besar, Guru-guru dan kakitangan am.
Guru-guru yang mengajar adalah dipilih daripada mereka yang berkelayakan
dan berkelulusan samada dari lepasan pusat-pusat pengajian tinggi dalam
atau luar negeri. Akhlak yang baik, berdedikasi dan berinovasi adalah menjadi
ciri-ciri yang penting di dalam pemilihan tenaga pengajar di SRIK.
Guru-guru
dan kakitangan dihantar dari masa kesemasa untuk mengikuti kursus, seminar
dan bengkel yang berkaitan dengan profesion mereka untuk meningkatkan mutu
pembelajaran dan pendidikan di SRIK.
Kurikulum
Kurikulum
SRIK disusun mengikut Kurikulum Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan dan
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Mata pelajaran yang diajar adalah
:
Bahasa
Malaysia
Bahasa
Inggeris
Bahasa
Arab
Matematik
Kemahiran
Hidup
Kajian
Tempatan
Pendidikan
Seni
Pendidikan
Jasmani
Pengajian
Tahfiz Al-Quran
Tajwid
Aqidah
Akhlak
Feqah
dan
Sirah
Ko-Kurikulum
Program
Ko-kurikulum adalah terdiri dari aktiviti-aktiviti yang dapat mengasah
dan menyuburkan bakat dan potensi positif yang terdapat pada para pelajar.
Ianya disusun dan diolah agar dapat menyemai dan mempertingkatkan sifat-sifat
yang baik dan mulia dalam pelbagai aspek seperti kepimpinan, tolong-menolong,
yakin pada diri sendiri, sabar dan seumpamanya.
Kegiatan
ko-kurikulum yang dijalankan ialah :
Putera
Islam
Puteri
Islam
Kelab
Kesenian dan Kebudayaan Islam.
Kelab
Kreatif dan Kraftangan
Seni
Mempertahankan Diri
Waktu
Persekolahan
Waktu
persekolahan harian sekolah bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 3.50 petang.
Sesi pengajian
dan cuti sekolah adalah sama sepertimana yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.