SEKOLAH RENDAH IBN KHALDUN
    [ No. Pendaftaran : 091/1 JAIS ]
    Lot 4012, Lorong Haji Said, Batu 7, Jalan Kebun,
    42450 Klang, Selangor Darul Ehsan. MALAYSIA. Telefax: 603-3216903
    email:srikhaldun@hotmail.com

    Rayuan Sumbangan Bantuan Kewangan Untuk
    Pojek Pembesaran Prasarana
    SEKOLAH RENDAH IBN KHALDUN
     
     
     Tujuan: 
            Sekolah Rendah Ibn Khaldun ditubuhkan untuk menampung keperluan pendidikan Agama Islam yang bersepadu dan tersusun. Permintaan masyarakat sekitar Bandar Klang untuk menempatkan anak-anak mereka di sekolah agama sungguh menggalakkan sedangkan bilangan tempat belajar di sekolah agama yang ada sangat terhad.

            Untuk memenuhi keperluan yang amat mendesak ini, maka kami, Lembaga Pentadbir Sekolah Rendah Ibn Khaldun sangat mengharapkan bantuan dan sumbangan kewangan dari para hartawan dan penderma yang budiman supaya insyaAllah dapat menyumbang untuk menyempurnakan projek prasarana sekolah ini dengan penuh kejayaannya.

    Projek Pembesaran Sekolah Bagi Kegunaan
    Tahun 1999: 


            Kemudahan sedia ada hanya mencukupi untuk keperluan persekolahan 1998 sahaja. Kami perlu menyiapkan kelas-kelas tambahan ini bagi kegunaan untuk sessi persekolahan yang akan bermula pada Januari 1999. Pembinaan telahpun dimulakan pada bulan Jun 1998 dengan pembiayaan yang masih tidak mencukupi.

            Untuk tujuan pembesaran jangka pendek sekolah ini, jumlah bantuan kewangan yang diperlukan adalah sebanyak RM240,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Empat Puluh Ribu Sahaja).

    Projek Jangka Panjang Pembesaran : 


            Kemudahan sedia ada hanya mencukupi untuk jangkamasa pendek sahaja. Sekolah perlu dibesarkan dengan menambah bilik-bilik darjah, bilik-bilik kemudahan, infrastruktur yang berkaitan serta peralatan pengajaran-pembelajaran yang lengkap untuk tahun-tahun berikutnya. Kini Lembaga Tadbir Sekolah sedang bergerak aktif merancang untuk membina sebuah bangunan sekolah 3 tingkat yang mengandungi 15 bilik darjah termasuk bilik-bilik kemudahan yang lain.

            Untuk tujuan pembesaran sekolah seperti yang dinyatakan di atas, jumlah bantuan kewangan yang diperlukan adalah sebanyak RM870,000.00 (Ringgit Malaysia: Lapan Ratus Tujuh Puluh Ribu Sahaja).

    Sekalung Penghargaan : 


            Kami terlebih dahulu mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT dan terima kasih atas segala bantuan dan sumbangan yang telah dihulurkan oleh para hartawan dan dermawan. Kami mendoakan semoga segala sumbangan ini diterima oleh Allah SWT sebagai suatu amal jariah dan amal soleh yang diberkati dan diredhai olehNya. Firman Allah SWT:
     
    "Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya"(Al-Baqarah: 261)
     

    BORANG SUMBANGAN
    PANORAMA SRIK
    Prospektus Sekolah Rendah Ibn Khaldun