|
Dalam hal ini SRIK menyediakan peluang pemelajaran yang lengkap
mendidik
anak bangsa bagi mengisi hasrat dan wawasan negara. Kurikulum SRIK digubal
selari dengan sistem pendidikan negara dan berlandaskan sistem pendidikan
yang universal yang dapat melahirkan individu yang sempurna dari
sudut
akal, rohani dan jasmani.
Sebagai sebuah institusi persendirian, SRIK sama juga seperti institusi
persendirian yang lain yang sangat bergantung kepada sokongan masyarakat
khususnya masyarakat Islam. Masyarakat bukan Islam telah berjaya membina
sistem pendidikan mereka kerana mendapat sokongan padu dikalangan mereka
dan daripada kalangan orang Islam sendiri yang sangat yakin dengan prestasi
pendidikan mereka. Oleh itu untuk mencipta kejayaan maka SRIK perlu mendapat
sokongan daripada semua pihak supaya bukan sahaja untuk mencapai cita-cita
individu bahkan syiar Islam juga ditegakkan. Akhir kata saya doakan semoga
SRIK
terus maju dalam semua bidang baik dibidang pengajaran, bidang kemudahan
fizikal, bidang akademik dan bidang ko-kurikulum. Semoga Allah SWT menerima
amalan kita semua.
Dr.
Ismail bin Jusoh
Pusat
Pengajian Ilmu Pendidikan
Universiti
Sains Malaysia