|
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya Sekolah Rendah Ibn Khaldun (SRIK) kini telah menjangkau keusia sembilan tahun sejak penubuhananya pada 1991/92.
SRIK diasaskan oleh Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) dengan kesedaran untuk melahirkan generasi yang bukan saja memperolehi kecemerlangan akademik malah juga memiliki kemantapan aqidah dan kesempurnaan akhlak. Para ahli HALUAN telah memberi pelbagai sumbangan meliputi tenaga, masa dan wang ringgit untuk mejayakan Pembangunan SRIK.
Kewujudan SRIK, antara lainnya, adalah bertujuan untuk melaksanakan sistem pendidikan bersepadu yang mengimbangi tuntutan duniawi dan tuntutan ukhrawi untuk murid-muridnya. Dengan sistem pendidikan ini adalah diharapkan akan lahir bakal-bakal pemimpin dan tenaga kerja yang sesuai untuk keperluan masyarakat dan negara pada masa hadapan.
Kini, Lembaga Pentadbir SRIK sedang berusaha untuk mengembangkan lagi sistem fizikal sekolah yang merangkumi bangunan dua tingkat, sistem perparitan, padang permainan dan keperluan-keperluan asas yang lain.
Kami menyeru seluruh anggota masyarakat dan individu-individu yang dermawan
supaya tampil ke hadapan menghulurkan sumbangan ikhlas untuk bersama-sama
kami menjayakan penubuhan sekolah ini agar cita-cita murninya tercapai.
Segala bantuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Semoga
Allah menerima segala pengorbanan dan amalan para penyumbang sekelian sebagai
suatu amal jariah dan amal soleh disisiNYa.
Yang Ikhlas,
Mohamad
Azmi bin lsmail
Pengerusi
Lembaga Pentadbir
Sekolah
Rendah Ibn Khaldun.